Semangat patriotisme perlu disemat dalam jiwa setiap masyarakat Malaysia. tidak terkecuali dengan mereka yang bergelar insan istimewa. Atas keprihatinan itulah, Lady Bikers Malaysia, meraikan bulan kebangsaan bersama golongan berkenaan.
Seramai 110 kanak-kanak istimewa diraikan di Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah Petaling Jaya. Majlis yang berlangusng selama dua jam itu turut disajikan dengan persembahan patriotik daripada kanak-kanak istimewa itu. Selain beramah mesra, Lady Bikers Malaysia juga turut memberi sumbangan berbentuk keperluan dan juga wang tunai.
Presidennya berkata kelab itu sudah 6 tahun ditubuhkan dan pada kali ini mereka pertama kali membuat keputusan untuk meraikan bulan kebangsaan bersama-sama kanak kanak istimewa.
Patriotism should be pinned in every soul of every Malaysian, no exception to any special group of people. In that regards, Lady Bikers Malaysia, celebrated the national month with children with special needs.
There's a total of 110 children treated at the Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya. The 2-hour event was presented with patriotic performances from the children with special needs. Besides paying a visit, Lady Bikers Malaysia also contributed in the form of necessity items and cash donations.
The President of Lady Bikers Malaysia said the club was founded 6 years ago and this is the first time they decided to celebrate the national month with the children with special needs.